Dy’Lima ‘port’ semakin dikenali kaki pancing di Kedah

2 02 2010

Sebahagian kaki pancing sedang memancing dan beriadah bersama keluarga di Dy'Lima.

Rohu...antara spesis yang menjadi buruan kaki pancing di Dy'Lima.

PUSAT Memancing Dy’Lima merupakan sebuah pusat memancing terbaru yang terletak di Kampung Kerkau, Mukim Guar Kepayang, Pendang Kedah.

Selain menjadi siulan kaki pancing, pusat memancing yang dibuka pada 30 Jun tahun lalu ini juga boleh dijadikan tempat untuk beriadah seisi keluarga kerana disediakan pondok-pondok untuk berteduh. Malah ia dilihat dapat mengelakkan gejala yang tidak bermoral seperti lepak dan rempit kerana ramai anak remaja mulai minat memancing.

Pelbagai spesis ikan yang terdapat di kolam ini ialah patin, rohu, tongsan dan lekoh.

Ganjaran sebanyak RM100.00 akan diberikan sekiranya pemancing dapat menaikkan ikan lekoh. Manakala hadiah jackpot pula setakat ini sebanyak RM1000.00 untuk ikan 6kg keatas. Hadiah mingguan turut disediakan untuk keseronokan para pemancing.

Yuran yang dikenakan untuk memancing di kolam ini adalah sebanyak RM25.00 selama 3 jam dan bagi ahli, bayaran yang dikenakan sebanyak RM22.00 sahaja. Untuk menjadi ahli, seseorang kaki pancing perlu mendaftar dahulu dengan yuran tahunan sebanyak RM50.00.

Tambahan masa untuk setiap jam selepas masa tamat ialah RM8.00. Jika jumlah ikan yang dipancing kurang, pemancing boleh terus memancing selama mana yang diinginkan tanpa dikenakan caj.

Bagi kolam ini, mata kail berkembar tiga dan berangkai tidak dibenarkan sama sekali kerana ia dilihat akan merosakkan ikan. mata kail yang dibenarkan ialah kail bom dan mata kail berangkai. Hanya umpan dedak dan roti dibenarkan. Organ binatang tidak dibenarkan kerana baunya yang busuk boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Salah seorang kaki pancing berjaya mendaratkan spesis tongsan dengan bantuan tangkok.

Seorang kaki pancing yang berjaya menjuarai pertandingan jackpot sedang menerima hadiah wang tunai daripada wakil Dy'Lima.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: