Cabaran Sekakap batal – Mejar Rodzi

7 12 2009

PERTANDINGAN memancing anjuran Kelab Joran Komando Kem Iskandar dengan kerjasama GP Joran Bagus yang dijadualkan di Pantai Sekakap, Kem Iskandar, Mersing Johor pada 19 Disember ini terpaksa dibatalkan berikutan angin kencang dan ombak besar.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Cabaran Sekakap terpaksa dibatalkan akibat angin kencang dan ombak besar,” ujar wakil kelab berkenaan, Mejar Md Rodzi Ismail (gambar) dalam kenyataan ringkas kepada JoranPancing lewat petang ini.

Pertandingan yang dikenali ‘Jom Pancing Cabaran Sekakap’ merupakan salah satu acara utama sempena sambutan Hari Ulang Tahun Gerak Khas Ke-44 Fasa II yang berlangsung selama tiga hari yang turut disertai anggota tentera dan orang ramai.

Ia sepatutnya bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan yuran penyertaan RM90 satu joran dan sebanyak 800 helai t-shirt disediakan untuk kaki pancing yang mendaftar terawal.

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi termasuk hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 sebagai juara kepada kaki pancing dan peserta yang mengambil bahagian. Selain juara, peserta yang tidak bernasib baik masih berpeluang untuk merebut hadiah twang tunai di tempat kedua hingga kelima puluh disamping 30 hadiah cabutan bertuah.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: