Pertandingan Tasik Kenyir: 150 peserta China sah bertarung

29 09 2009

tasikkenyir

SERAMAI 150 orang peserta dari negara China telah mengesahkan diri menyertai pertandingan memancing di Tasik Kenyir selama lima hari bermula 2 Oktober depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (gambar) ketika mengesahkan perkara itu berkata, langkah menarik penyertaan dari negara Tembok Besar China lebih menjurus ke arah mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan utama.Difahamkan, lebih 300 orang peserta dijangka akan mengambil bahagian dan mendapat liputan lintas langsung daripada beberapa stesen televisyen China.

Bagi menyemarakkan pertandingan itu nanti, kata Ahmad, sebanyak RM53,000 telah diperuntukkan sebagai hadiah keseluruhan pertandingan manakala RM400,000 disediakan untuk menyalur ikan-ikan baru di tasik berkenaan.

“Kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak RM400,000 bagi memasukkan ikan-ikan baru. Antara spesis ikan bakal dilepaskan ialah toman dan mekong giant fish atau keli gergasi yang boleh mencecah berat sehingga 100 kg yang dibeli dari Vietnam dan Laos.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, kehadiran ramai peserta dan media China akan membantu kerajaan negeri mempromosi Terengganu kepada rakyat negara itu.

“Sebanyak 16 media termasuk majalah dan portal menyertai lawatan kali ini. Maklumbalas yang kami terima menggambarkan ia sebagai satu tarikan baru pelancongan. Ini kerana pancing adalah sebahagian satu aktiviti yang ditekan oleh kerajaan negeri.”ujar Za’abar.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: