Tongsan angkat Rosto juara Merdeka Nite Joran Terjun

31 08 2009

2588457

KAKI Pancing, Rosto menjulang pencapaian gemilang apabila muncul juara pertandingan memancing sempena malam kemerdekaan (merdeka nite) anjuran Kolam Pancing Joran Terjun dekat Kampung Kemensah, Hulu Klang dekat sini malam tadi.

Kejayaan mendaratkan spesis tongsan sisik halus seberat 5.675kg membolehkan Rosto membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 sekaligus menempa nama dikalangan barisan pemenang pertandingan itu yang diadakan pada setiap tahun.

Nyata pengalaman pernah beraksi di beberapa pertandingan telah memberi kelebihan buat Rosto dengan mengenepikan ramai otai yang turut mencuba nasib pada kali ini.

Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh Hassan dan Mas yang masing-masing menaikkan spesis yang sama dengan kuantiti berat 4.160kg dan 3.935kg.

Sementara itu, tuan empunya Joran Terjun, Zulkifli Mohd Yatim melahirkan rasa bangga dapat menganjurkan pertandingan tersebut sempena sambutan Kemerdekaan negara kali ke-52.

” Ini merupakan salah satu aktiviti utama pihak kami pada setiap tahun. Apa yang lebih penting lagi, menerusi pertandingan seumpama ini akan memberi ruang yang lebih luas dan dianggap sebagai penghargaan kepada kaki pancing yang menyokong setiap aktiviti yang dianjurkan di kolam ini,” ujarnya yang juga bekas atlet 110 meter lompat pagar negara.

KEPUTUSAN PENUH
Juara:
ROSTO – Tongsan Sisik Halus: berat 5.675kg
Tempat ke-2:
HASSAN – Tongsan Sisik Halus: berat 4.160kg
Tempat ke-3:
MAS – Tongsan Sisik Halus: berat 3.935kg
Tempat ke-4:
LAN – Tongsan Sisik Halus: berat 3.830kg
Tempat ke-5:
SAZALI – Tongsan Sisik Halus: berat 3.715kg
Tempat ke-6:
RAMRI – Tongsan Sisik Halus: berat 3.485kg
Tempat ke-7:
PAK KU – Tongsan Sisik Halus: berat 3.435kg
Tempat ke-8:
LAN (2) – Tongsan Sisik Halus: berat 3.325kg
Tempat ke-9:
ALAM – Baung: berat 0.885kg
Tempat ke-10:
RINALDI – Pacu: berat 0.825kg


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: