Zul Koyan juara memancing Kechau 1

10 08 2009
DSC00173

Zul tersenyum girang selepas menerima hadiah RM3,000 selepas muncul juara memancing Kechau 1.

DSC00163

Pemandangan sekitar pertandingan memancing Kolam Kechau 1.

SEPERTIMANA diduga kehebatan barisan pemancing dari Koyan terus menerus mendominasi pertandingan Memancing Kechau 1, Kampung Melaka dekat Kuala Lipis semalam.

Aksi bersahaja Zul yang cukup dikenali dikalangan kaki pancing sekitar Lipis dan sekitarnya nyata tidak perlu dipertikaikan lagi apabila ikan patin seberat 2.610kg telah mengangkat namanya sebagai juara pertandingan.

Begitu pun, Zul terpaksa menunggu saat-saat akhir untuk meraih hadiah wang tunai RM3,000 apabila dicabar sengit oleh rakan sepasukan dan otai-otai yang pernah mengambil bahagian di pertandingan besar di seluruh negara.

Tempat kedua diduduki seorang lagi kaki pancing dari Koyan iaitu Amir disusuli Lie dari Tersang di tempat ketiga. Masing-masing berjaya membawa pulang RM1,000 dan RM500.

Pada kali ini, lebih 150 orang telah mengambil bahagian bukan sahaja membabitkan kaki pancing sekitar Lipis tetapi juga dari negeri lain termasuk Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Tuan empunya kolam yang lebih gemar dipanggil Gemuk ketika mengesahkan berkata, pertandingan yang diadakan semalam telah menerima sambutan yang cukup memberangsangkan. Apa yang lebih penting, kami mahu setiap kaki pancing yang menyertai pertandingan disini gembira dengan hasil tangkapan mereka dan sekaligus berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

“Atas sebab itu, kami hanya membuka kolam ini sekali dalam seminggu untuk memastikan ia mampu membangkit semangat kaki pancing untuk bertanding.

“Kami menjangka lebih ramai lagi kaki pancing akan mengambil bahagian pada pertandingan akan datang. Jika tiada aral melintang, kami akan mengadakan pertandingan seumpama ini selepas sambutan hari raya,”ujarnya.

Bagi acara teka biji labu, kaki pancing bernama Lie berjaya meneka dengan tepat jumlah biji labu yang diadili pengurusan kolam. Berikutan itu, beliau yang meneka jumlah biji labu sebanyak 101 ulas berjaya meraih wang tunai RM200 beserta hamper dan kekili. Sementara tiga lagi hadiah acara ini telah dikongsi bersama oleh kaki pancing lain yang meneka hampir tepat.

Sementara itu, pertandingan ini turut diserikan dengan kelibat Haikal dan Eda yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki termuda dan wanita yang mengambil bahagian. Kedua-duanya nyata tidak gugup berdepan saingan daripada kaki pancing lebih berpengalaman selepas masing-masing merantai tempat ke-18 dan 20.

KEPUTUSAN PENUH
Juara:
ZUL – Patin: berat 2.610kg
Tempat ke-2:
AMIR – Patin: berat 2.406kg
Tempat Ke-3
LIE – Karak: berat 2.360kg
Tempat Ke-4
FADLI – Patin: berat 2.342kg
Tempat Ke-5
ZAM – Tongsan: berat 2.196kg
Tempat Ke-6
MUSTAFA – Tongsan: berat 2.190kg
Tempat Ke-7
SIDI – Patin: berat 2.044kg
Tempat Ke-8
ALONG – Patin: berat 2.042kg
Tempat Ke-9
NIZAM – Baung: berat 1.994kg
Tempat Ke-10
JAMIL – Patin: berat 1.942kg
Tempat Ke-11
ABON – Patin: berat 1.888kg
Tempat Ke-12
SHAHRIL – Patin: berat 1.834kg
Tempat Ke-13
AHMAD – Patin: berat 1.636kg
Tempat Ke-14
JALI – Patin: berat 1.630kg
Tempat Ke-15
ALI – Patin: berat 1.604kg
Tempat Ke-16
SYED – Patin: berat 1.596kg
Tempat Ke-17
MOHAMED ZUL – Patin: berat 1.580kg
Tempat Ke-18
HAIKAL – Patin: berat 1.570kg
Tempat Ke-19
AHMAD – Patin: berat 1.548kg
Tempat Ke-20
EDA – Patin: berat 1.526kg


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: