Danau Rimba berwajah baru

9 07 2009
sekitar kolam

Pemandangan indah Danau Rimba di waktu siang.

P6160987

Salah seorang pemancing tetap Danau Rimba sedang memperaga salah satu spesis ikan yang berjaya didaratkan.

P5290888

Pemilik kolam Danau Rimba, Affendy Musa bersama orang kuatnya.

28052009024

Dua marsyal kolam sedang memeriksa ikan patin yang dinaikkan kaki pancing.

25052009016

Tongsan....spesis yang menjadi kegilaan kaki pancing yang memancing disini.

IKAN PACU DI MASUKKAN KEDALAM KOLAM

Kelihatan dua pembantu Danau Rimba sedang memasukkan ikan pacu ke dalam kolam.

ikan kaloi yang terdapat di dalam kolam

Marsyal kolam sedang menunjukkan ikan kaloi yang turut menjadi perhatian kaki pancing.

pemandangan kolam danau rimba

Sebahagian ikan tongsan dimasukkan kedalam bakul.

KOLAM Pancing Air Tawar Danau Rimba yang dahulunya dikenali RBK kini berwajah baru apabila ia diambilalih oleh satu pengurusan baru diketuai Mohd Affendy Musa.

Sebaik sahaja ia diambilalih, pengurusan baru itu telah mengorak langkah awal dengan mengadakan pertandingan jackpot mingguan iaitu pada Sabtu. Ia bermula dari jam 9.30 malam hingga 1.30 pagi dengan hadiah yang kelazimannya ditawarkan amat berbaloi buat kaki pancing.

Selain dari Jackpot Mingguan kata jurucakap kolam berkenaan, Nur Aisyah Musa atau dikenali Ecah, Danau Rimba turut menawarkan pakej santai yang meliputi 5 jam memancing + 1 jam percuma berjumlah RM32.00 (bayaran termasuk Jackpot Bulanan) dan pakej midnight chill bermula dari jam 11.30 malam hingga 7.30 pagi (Bayaran termasuk Jackpot Bulanan).

Beliau berkata, setiap kaki pancing yang mahu memancing disini cuma dikenakan bayaran daftar masuk sebanyak RM25.00 untuk tempoh 3 jam pertama. Bayaran ini termasuk Jackpot Bulanan diikuti RM6.00 akan dikena pada jam berikutnya.

Antara spesis ikan yang terdapat disini ialah tongsan, patin, rohu, lekoh, pacu, tapah, kaloi, baung, ketutu, keli dan belida.

“Kami juga menyediakan pakej-pakej memancing untuk kumpulan, syarikat dan persatuan yang berminat memancing di Danau Rimba,”ujarnya.

Untuk merasai suasana atau ingin memancing disini, anda boleh datang sendiri ke Lot 1170, Jalan Sungai Buaya, 48200 Sungai Choh, Selangor atau hubungi +6013 2271071.


Tindakan

Information

One response

7 12 2010
apek

salam
blh bg maps x?
sy nak mancing kat sna.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: