Lebih 1,400 kaki pancing mengambil bahagian di D’Tasik KUIS

10 05 2009

DTASIK2DTASIK1DTASIK6DTASIK4DTASIK7

PERTANDINGAN memancing D’Tasik anjuran Kolej Universiti Islam Negeri Selangor (KUIS) dengan kerjasama SevenLakes yang baru sahaja berakhir sebentar tadi telah menerima sambutan penyertaan di luar jangkaan apabila lebih 1,400 peserta mengambil bahagian.

Boleh dikatakan setiap ruang untuk kaki pancing mempamerkan aksi masing-masing penuh sehingga ada dikalangan mereka terpaksa mengerah tenaga berjalan kaki hingga ke penghujung tasik yang berhampiran dengan laluan keretapi.

Semasa penulis melakukan tinjauan di lokasi pertandingan mendapati kaki pancing bukan sahaja terpaksa mengharungi saingan sengit antara satu sama lain ketika memancing malah turut berdepan dengan suasana cuaca yang cukup terik dan terpaksa berlindung dibawah pokok dan tidak kurang berkurung didalam khemah seketika.

Menurut penganjur, kira-kira 1 tan ikan patin yang dilepaskan ke dalam tasik KUIS bersempena pertandingan tersebut.

Majlis itu disempurnakan Ketua Unit Landskap Tasik Kuis, Norazman Zainuddin dan Pengurus Kolam Seven Lakes, Jamaluddin Mohamad.

Acara itu turut menawarkan sebuah Kris sebagai hadiah cabutan bertuah selain dua TV 29 inci, 10 barangan elektrik dan 20 hamper. Yuran RM70 satu joran dan 1,000 kemeja-T disediakan selain hadiah utama yang menjadi idaman setiap kaki pancing yang datang ke situ.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: