Zul, Pak Din & Abai gagal misi raih juara di UPM

4 05 2009

dsc000721

Panorama indah...Kolam UPM berjaya menarik perhatian ratusan kaki pancing.

dsc00071

Pak Din (berbaju putih) diapit brader Zul nyata khusyuk memerhati ke arah joran.

dsc00075

Abai (berbaju merah) sentiasa tenang menunggu umpan dilarikan spesis ikan sambil Pak Din pula seolah-olah makin yakin terhadap usaha untuk mendaratkan sebarang ikan.

Lebih 200 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan memancing yang berlangsung di Kolam Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor ahad lepas yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk  juara pertandingan.

3 ahli Kelab Ruskijang Park Pro Team dari Kemensah yang terdiri daripada brader Zul, Pak Din dan Abai tidak terkecuali turut berpeluang mempamerkan aksi namun mereka kurang bernasib baik untuk meletakkan nama sebaris dengan para pemenang apabila ikan-ikan yang didaratkan biarpun ada yang melebihi 9kg dikatakantidak memenuhi syarat-syarat pertandingan atau bahasa lebih mudah tidak  bol.

Abai yang sempat ditanya berhubung pertandingan itu menegaskan, dia dan dua lagi rakannya berpeluang untuk mencapai kemenangan sekurang-kurangnya menduduki dua tempat teratas, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ikan yang berjaya dinaikkan  tidak bol dan ada yang terlepas sebelum ia didaratkan. Barangkali tiada rezeki kami kali ini. Inilah yang dikatakan adat memancing.

Pertandingan tersebut  bermula dari jm 8.00 pagi hingga 1.00 petang.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: