RM15,000 bakal menanti juara Cabaran Pantai Batu Hitam!

25 03 2009

logocabaranhitamRAHMAT Fishing Management dan Jetson Yong Enterprise akan menganjurkan pertandingan ‘Cabaran Memancing Pantai Batu Hitam’ seperti berikut:

Tarikh:
29 Mac 2009 (Ahad)
Waktu Pertandingan:
9.00 pagi hingga 1.00 petang
Waktu Daftar Masuk:
Boleh dibuat di Kedai Jetson Yong Enterprise, Jalan Mahkota atau di khemah urusetia pada jam 8.00 malam sebelum hari pertandingan
Yuran:
RM90.00/1 joran
Lokasi Pertandingan:
Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan, Pahang

Menurut penganjur utama, Encik Rahmat Chik (foto), tujuan pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat memancing dikalangan lapisan masyarakat selain menjadikan Pahang khususnya di Beserah sebagai destinasi sukan memancing di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menerima permohonan untuk menyertai pertandingan daripada para pemancing dari dalam dan luar negara khususnya Singapura.

“Bersempena pertandingan ini, pihak kami telah menyediakan tali brainded sepanjang 300 meter bernilai RM81,000 kepada 1,000 peserta terawal mendaftarkan diri yang menggunakan sama ada kekili atau joran berjenama Surecatch. “Kami berharap dengan sokongan penajaan daripada Siow Chiang (M) Sdn. Bhd dan Jetson Yong Enterprise yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM100,000 akan mampu menarik perhatian dikalangan para pemancing dan masyarakat setempat untuk berkunjung ke Pantai Batu Hitam pada hari pertandingan nanti, ujarnya.

Rahmat yang cukup dikenali dikalangan para pemancing laut dalam menambah, selain hadiah utama untuk dimenangi, para pemancing yang akan mengambil bahagian turut berpeluang memenangi hadiah menarik berupa joran pantai 14′ berjenama Prokat dalam aktiviti cabutan bertuah.

HADIAH UTAMA
Juara: RM15,000 + kekili Tiburon USA bernilai RM1,104
Tempat Ke-2: RM7,000 + joran pantai ATC bernilai RM650
Tempat Ke-3: RM3,000 + joran pantai ATC bernilai RM500
Tempat Ke-4: RM1,000 + joran pantai Prokat bernilai RM260
Tempat Ke-5: RM500 + joran pantai Prokat bernilai RM250
Tempat Ke-6: RM200 + joran pantai Prokat bernilai RM240
Tempat Ke-7: RM200 + kelili SFR985 bernilai RM190
Tempat Ke-8: RM200 + kekili SFR985 bernilai RM185
Tempat Ke-9: RM200 + kekili PUF380 bernilai RM150
Tempat Ke-10: RM200 + kekili PUF360 bernilai RM140
Tempat Ke-11: RM100 + joran pantai MTS bernilai RM99
Tempat Ke-12: RM100 + joran pantai MTS bernilai RM99
Tempat Ke 13-15: RM100 + kekili BR450 bernilai RM79
Tempat Ke 16-25: RM50 + hamper
Tempat Ke 26-30: hamper

Sebarang maklumat lanjut berhubung pertandingan ini, sila hubungi Rahmat [019-9312777, 013-9559333] atau Jetson Yong Enterprise [09-5132666]


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: