RM15,000 jadi rebutan di Putrajaya

21 02 2009

Shamsuddin Osman

Hadiah wang tunai lebih RM15,000 dan pelbagai barang menanti peserta Pertandingan Memancing Terbuka Putrajaya 2009, di Tasik Putrajaya, Presint 1 di sini, sempena sambutan Hari Wilayah, esok.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman (foto), berkata pihaknya mensasarkan lebih 1,500 pemancing menyertai pertandingan yang memasuki siri ketujuh itu.

“Yuran penyertaan RM30 bagi satu joran dan pertandingan dijangka bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

“Kita juga akan mengadakan acara cabutan bertuah dan pelbagai acara sampingan termasuk pertandingan melukis dan memasak bagi memeriahkan acara itu,” katanya di sini, semalam.

Juara ditentukan berdasarkan mata terkumpul bagi setiap ikan yang akan menerima RM5,000 dengan hadiah iringan, pemenang kedua RM3,000, ketiga RM2,000, keempat hingga ke-13 menerima RM200 dan hamper, manakala tempat ke-14 hingga ke-20 memperoleh hadiah sagu hati.

Pertandingan kali ini juga menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk cabutan bertuah bonanza yang menawarkan hadiah utama dua motosikal selain barangan elektrik, hamper dan wang tunai kepada pemenang.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: