Lekoh seberat 2.3kg bawa Bob pertahan juara

23 11 2008

bb1PEMANCING regular, Bob  (foto) mencipta kejayaan unik apabila mempertahankan kejuaraan dua minggu berturut-turut Jackpot Mingguan kolam Ruskijang Park, Kemensah.

Kejayaan ini dicapai selepas beliau berjaya mendaratkan ikan lekoh seberat 2.300 kilogram sekaligus meraih hadiah wang tunai RM500.00 sambil mengenepikan cabaran 56 peserta lain yang bertanding malam tadi.

Tempat kedua disandang Pak Man sementara Adi yang mendahului pertandingan sehingga jam 12.00 tengah malam sebaik sahaja menaikkan ikan tongsan seberat 2.150 kilogram terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.

KEPUTUSAN PENUH  JACKPOT MINGGUAN (22 Nov 2008)
Juara (RM500.00)
BOB – Lekoh: berat 2.300 kg
Naib Juara (RM250.00)
PAK MAN– Pacu: berat 2.300kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
ADI – Tongsan:berat 2.150kg
Tempat Ke-4
IKMAL – Tongsan: berat 2.000kg
Tempat Ke-5
YUSOF – Lekoh: berat 1.800kg
Tempat Ke-6
MAZLAN – Tongsan: berat 1.800kg
Tempat Ke-7
ASAN – Patin: berat 1.400kg
Tempat ke-8
HAFIZ – Patin: 1.100kg

Jumlah Penyertaan: 57 orang peserta


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: