Kemenangan ini penamat ‘mangkau’ – Bob

16 11 2008

16112008edit“Setelah sekian lama  ‘mangkau’ dan gagal menduduki ranking terbaik jackpot di kolam ini,  kemenangan yang dicapai malam ini seolah-olah menamatkan segala badi yang menimpa saya sebelum ini. Syukur alhamdulillah,” demikian kata Bob @ Mok secara ringkas sebaik sahaja muncul juara Jackpot Mingguan Kolam Ruskijang Park dekat Hulu Klang sebentar tadi.

Beliau berkata, sudah banyak kali menyertai pertandingan di kolam ini bersama rakan-rakannya tetapi kerap kurang bernasib baik.

“Selalunya sayalah yang membancuh dedak sebagai umpan apabila menyertai pertandingan. Yang peliknya, rakan-rakan saya tidak pernah pulang hampa sekurang-kurangnya menghiasai kedudukan ranking manakala saya pula menjadi sebaliknya.

” Kemenangan ini setidak-tidaknya mengembalikan semula semangat saya untuk bertanding pada masa depan.”ujarnya.

Berikutan kejayaan menjuarai jackpot minggu ini, Bob berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 selepas mendaratkan ikan tongsan seberat 2.220 kg sekaligus mengenepikan cabaran 58 peserta yang mengambil bahagian.

Tempat kedua dimenangi Shahrin, seorang anggota kerajaan dari Ampang yang menaikkan ikan tongsan seberat 2.050 kg manakala tempat ketiga diraih Hafiq yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM130 menerusi tangkapan ikan patin yang beratnya sama dengan Shahrin. 

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Hamzah Idrus, pengusaha kolam selepas pertandingan berakhir.

KEPUTUSAN PENUH
Juara (RM500.00)
BOB @ MOK – Tongsan: berat 2.220 kg
Naib Juara (RM250.00)
SHAHRIN– Tongsan: berat 2.050kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
HAFIQ – Patin:berat 2.050kg
Tempat Ke-4
ZULKIFLI BOTAK  – Tongsan: berat 2.005kg
Tempat Ke-5
YUSOF HULU KLANG – Tongsan: berat 1.790kg
Tempat Ke-6
ROSTAM – Lekoh: berat 1.775kg
Tempat Ke-7
ASURI UKAY PERDANA – Lekoh: berat 1.570kg
Tempat ke-8
SAMEON – Patin: 1.350kg

Jumlah Penyertaan:  59 peserta


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: