RM25,000 menanti juara Sevenlakes

28 10 2008

BERIKUTAN sambutan hangat diterima, Kolam Pancing Sevenlakes terus mempelbagaikan aktivitinya apabila sekali lagi menganjurkan satu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 kepada juara yang berjaya menaikkan ikan terberat pada 9 November depan.

Dalam kenyataan kepada para pemancing, pertandingan itu akan diadakan mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di kolam yang terletak di Kuala Pajam, Batang Benar, Beranang, Selangor dengan bayaran pendaftaran RM100 bagi satu joran.

Selain juara, para pemancing juga berpeluang merebut hadiah wang tunai bagi tempat kedua hingga ke-50 dan terdapat hadiah khas bagi kategori tongsan sisik halus dan spesis rohu, talapia, baung disediakan yang keseluruhannya berjumlah RM2,900.

Bagi memeriahkan suasana, Kolam Sevenlakes turut memberi hadiah 500 helai t-shirt untuk peserta paling awal dan 30 hadiah bagi cabutan bertuah RM150 setiap satu.

Bagi maklumat lanjut berhubung pertandingan tersebut, sila hubungi Din (013-2730850), Tapa (017-2768745), Sem (019-3720989) dan Sham 012-2425216.

HADIAH PERTANDINGAN MEMANCING SEVENLAKES
Hadiah Utama
Juara: RM25,000
Ke-2: RM10,000
Ke-3: RM 5,000
Ke-4: RM 2,000
Ke-5: RM 1,000
Ke-6: RM 700
Ke-7: RM 500
Ke-8: RM 500
Ke-9: RM 300
Ke-10:RM 300
11-20:RM 250
21-30:RM 200
31-40:RM 150
41-50:RM 100

Hadiah Khas
(Tongsan Sisik Halus)
1: RM1,000
2: RM500
3: RM300
4: RM200

Hadiah Ikan Spesis
Rohu
1: RM200
2: RM100
Talapia
1: RM200
2: RM100
Baung
1: RM200
2: RM100

Hadiah Cabutan Bertuah
RM150 setiap satu bagi 30 pemancing bertuah


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: