Rasai kepuasan maksima di Kolam Hj Omar

11 08 2008

JIKA ingin merasai kepuasan maksima ketika memancing, mungkin  Kolam Pancing Haji Omar boleh memberi jawabannya.

Kolam yang dibuka secara rasmi pada detik hari kemerdekaan 31 Ogos 2005 itu dilihat cukup memenuhi selera di kalangan kaki pancing bukan sahaja kepuasan berentap dengan ikan yang memakan umpan tetapi juga pasti ada yang terpegun dengan kejernihan air kolam yang menerima sumber dari sebatang sungai berhampiran.

Terletak di Kampung Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan, kolam yang memiliki saiz keluasan yang agak besar menawarkan pelbagai spesis jenis untuk dipancing. Antaranya, tongsan, sembilang, pacu, rohu, patin,talapia dan jelawat.

Waktu operasi kolam tersebut ditetapkan mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang pada setiap hari kecuali hari jumaat manakala RM20.00 lazimnya dikenakan kepada setiap kaki pancing sebagai bayaran pendaftaran. 

Kaki pancing yang ingin mencuba nasib dikolam ini, boleh menghubungi talian 06-7582801 untuk mendapat maklumat lanjut termasuk lokasi kolam dan maklumat lain sebelum melabuhkan joran disitu.

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: