Virgin River menggamit kaki pancing

9 08 2008

RAMAI yang mengetahui bahawa Tanjung Malim terkenal kerana kehebatannya memiliki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Proton City tetapi barangkali tidak menyedari ditengah-tengah kemegahan kedua-dua pusat itu terdapat sebuah kolam memancing ikan air tawar yang agak popular dikalangan masyarakat tempatan.

Terletak tiga kilometer dari kawasan industri Proton City, Kolam Pancing Kampung Sungai Dara atau nama komersialnya “Virgin River” memiliki keistimewaan sendiri kerana lokasinya yang cukup aman damai dengan persekitaran diselimuti tumbuhan hijau.

Menurut tuan empunya kolam, Saudara Munir Baharom sewaktu dihubungi berkata, waktu operasi kolam bermula dari jam 2.30 petang hingga 6.30 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala Sabtu,Ahad dan Cuti Umum ia dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang.

“Jika terdapat permintaan, kolam ini juga dibuka pada waktu malam dengan syarat bilangan pemancing harus melebihi 15 orang. Pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan, swasta atau persendirian yang berminat untuk mengadakan pertandingan di kolam ini dengan bayaran berpatutan.

Sepertimana kolam-kolam lain tambahnya, kolam ini mengenakan bayaran agak berpatutan iaitu sebanyak RM25.00 bagi 3 jam pertama diikuti bayaran tambahan RM6.00 setiap jam berikutnya.

Antara sepsis ikan di kolam ini ialah rohu, tongsan, patin, pacu, tilapia merah dan lampam.

Kepada kaki pancing yang ingin memperolehi maklumat lanjut mengenai kolam ini, sila hubungi 013-3309693.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: