Melayan ikan di Kolam Laguna Kelana Jaya

30 07 2008


ANDAI mahu merasai kenikmatan menarik ikan serta bayaran daftar masuk berpatutan, tidak syak lagi Laguna boleh dianggap sebagai salah satu kolam ikan air tawar yang menjadi pilihan di kalangan warga kota di sekitar Lembah Klang.

Terletak berhadapan dengan pusat membeli belah The Giant dan membelakangi stesen minyak Shell Kelana Jaya, Laguna sememangnya diakui cukup digemari kaki pancing yang saban hari tidak akan melepaskan peluang untuk memancing jika ada masa terluang.

Penulis yang berkesempatan turun ke port tersebut awalnya tidak mengharapkan apa-apa ketika memancing. Cuma sekadar untuk menenangkan jiwa bersama-sama kawan-kawan.

Bagaimanapun, selepas setengah jam berlalu, tarikan ikan pacu secara tiba-tiba menyentap umpan dedak yang dibuat oleh rakan penulis yang sekali menambah semangat penulis untuk memberi lebih tumpuan menaikkan lebih banyak ikan. Hasilnya, 4 ekor ikan berlainan jenis berjaya dipancing selepas memancing selama tiga jam.

Bagi penulis, soal besar atau kecil tidak menjadi persoalan.Apa yang lebih penting, feel menarikkan melebihi segala-galanya. Boleh dikatakan kolam Laguna seolah-olah sinonim dengan penulis biarpun baru pertama kali turun ke situ.

Dengan berbekalkan bayaran cuma RM10.00 sahaja sekali masuk sudah cukup menceritakan betapa kolam tersebut memiliki keistimewaan tersendiri.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: