Cabaran Memancing Jambatan Pulau Bunting

14 07 2008

PKWR Parlimen Jerai dan PKWR DUN Sungai Limau dengan kerjasama Pejabat Daerah Yan akan menganjurkan Cabaran Memancing Jambatan Pulau Bunting 2008 pada 9 Ogos depan.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, jambatan Pulau Bunting dipilih sebagai lokasi pertandingan kerana tempatnya yang popular di kalangan kaki pancing sebagai lubuk pelbagai spesis ikan laut kegemaran ramai seperti sembilang, senangin, kerapu, pari dan lain-lain.
Beliau berkata, cabaran memancing ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000.00 kepada 30 pemancing yang menaikkan ikan terberat mengikut kiraan mata.
  • Juara: wang tunai RM10,000.00
  • Tempat Ke-2: wang tunai RM5,000.00
  • Tempat Ke-3: wang tunai RM2,500.00
  • Tempat Ke-4: wang tunai RM1,000.00
  • Tempat Ke-5: wang tunai RM500.00
  • Tempat Ke-6 hingga 30: hamper

Pihaknya juga menyediakan sebuah motosikal Modenas Kriss 110E dan 50 hadiah lain kepada pemancing yang bertuah pada cabaran kali ini.

Kata beliau, objektif utama penganjuran adalah untuk mempromosikan Daerah Yan sebagai destinasi pelancongan dan destinasi memancing kepada kaki pancing dari dalam dan luar Kedah,’ ujarnya.

“Kita berharap cabaran memancing ini akan menarik penyertaan ramai kaki pancing dari utara tanahair dan sekaligus merealisasikan objektif utama penganjuran.” katanya.

Majlis perasmian cabaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak pada jam 9.00 pagi hari berkenaan di Jambatan Pulau Bunting, Yan, Kedah.

Menyentuh yuran penyertaan, Firdaus menambah, setiap pemancing hanya dikenakan RM30.00 untuk 1 joran dan RM50.00 untuk 2 joran. 500 penyertaan terawal akan menerima sehelai t-shirt sebagai cenderahati dari penganjur.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi PKWR Parlimen Jerai (04-4619635), Sdr. Suhail (013-5033636) dan Sdr. Azim (013-4722707).


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: