Kolam Dinamik: Tawar jackpot ikan terpantas

5 07 2008




BILA menyebut Kulim tentu ramai yang terbayang akan kehebatan Hi-Tech Parknya selain kawasan itu pernah diwakili bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Namun disebalik kehebatan semua itu, bandar yang bersempadan dengan Bukit Mertajam dan Simpang Ampat ini turut memiliki keistimewaan dikalangan kaki pancing terutama mereka gemar memancing di kolam air tawar.

Terletak di Batu Puteh, Sungai Karangan, lebih kurang 7km dari Hi-Tech Park Kulim dan memakan masa 10 minit perjalanan, Kolam Pancing Dinamik yang dimiliki Encik Rahim atau lebih dikenali Pak Chin merupakan salah satu kolam pancing yang agak popular disini dan kawasan sekitarnya.

Waktu Operasi Kolam Pancing Dinamik ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam (hari Isnin-Sabtu) dan Ahad (dari 10 pagi hingga jam 1.00 pagi keesokannya).

Kolam Dinamik yang telah beroperasi sejak lapan bulan lalu boleh dianggap menarik perhatian ramai kaki pancing bukan saja tertarik dengan kepuasan menarik ikan yang mengena umpan dan menghirup udara segar kampung tetapi lebih terarah kepada usaha Pak Chin yang menyediakan konsep pertandingan jackpot utama yang berbeza dari kolam pancing lain.

Sesiapa yang berjaya menaikkan ikan terpantas seberat 6kg dari hari isnin – sabtu akan diistiyarkan sebagai pemenang dan jumlah hadiah itu akan meningkat andai tiada seorang pun mendapat kuantiti berat dimaksudkan.
Hakikatnya sesiapa sahaja yang datang ke Kolam Pancing Dinamik tidak akan pulang hampa membawa hasil yang cukup lumayan baik patin, rohu, keli dan sebagainya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: