Siakap paling menarik di Kolam Wong

23 06 2008
ANDA pernah mendengar nama Kolam Pancing Wong? Jika belum pernah mungkin anda boleh mencari pengalaman baru memancing di kolam ini yang terbahagi kepada dua jenis kolam iaitu air tawar dan air masin.

Perjalanan ke kolam ini hanya mengambil masa setengah jam sahaja menerusi lebuhraya Guthrie dari arah Shah Alam.

Untuk kemudahan penanda arah, sebaik sahaja melepasi tol Rawang, anda boleh belok ke kiri. Sebaik sahaja ternampak stesen minyak Petronas yang terletak disebelah kiri jalan, anda perhatikan arah kanannya. Anda akan temui papan tanda menuju ke kolam ini.

Dikalangan para pemancing regular disini, mereka menggunakan teknik casting dengan berumpankan anak udang. Ada juga yang menggunakan dedak atau cacing jika memancing di kolam air tawar. Malah minyak ikan linang pun ada yang menggunakan sebagai menambah power umpan.

Disini turut terdapat pertandingan jackpot yang disediakan oleh tuan empunya kolam dengan bayaran berpatutan. Jika tidak silap RM38.00 + RM2.00 selama 5 jam. Paling menarik disini ialah tarikan ikan siakap yang pasti meninggalkan kenangan paling sukar dilupakan oleh anda.

Selamat mencuba!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: