Herman Tino, Haiza meriahkan GP Joran

9 06 2008


Oleh: Joran Berita Harian

TAPAK karnival GP Joran 2008 di Pantai Sungai Lang di sini, akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Herman Tino dan Haiza, malam esok.

Kehadiran dua penyanyi itu pasti akan menyemarakkan tapak karnival yang turut mengisi kaunter penaja untuk membuat jualan serta promosi produk masing-masing.

Herman Tino adalah penyanyi anak kelahiran Selangor yang popular dengan pelbagai lagu rentak dangdut dan pop. Beliau pernah tampil ketika Karnival GP Joran 2007 di Pantai Baru Kelanang, Kuala Langat, tahun lalu.

Sementara itu, sesiapa yang berminat menyertai pertandingan karaoke boleh mendaftar di kaunter urus setia seawal jam 2 petang esok. Pertandingan pula bermula jam 3 hingga 6 petang. Seramai lapan peserta akan dipilih ke peringkat akhir pada jam 8 malam.

Hadiah juara RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100. Semua finalis akan menerima hadiah hamper tajaan Nescafe Classic.

Selepas pertandingan karaoke, Herman Tino dan Haiza akan muncul menemui pengunjung kira-kira jam 9.30 malam.

Pelbagai acara sukaneka akan diadakan sepanjang dua hari karnival.

Jam 9 pagi esok, kaki pancing yang mahu menyertai Kategori Pantai boleh mendaftar. Kaunter ditutup jam 10 malam dan disambung semula jam 5 pagi Ahad.

Yuran RM80 untuk satu joran dan juara bergaya menerima RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000. Hadiah wang tunai sehingga tempat ke-30 manakala 10 lagi pemenang mendapat hamper.

Antara acara menarik di Pantai Sungai Lang ialah demonstrasi menunggang motosikal scrambler dan permainan wau kapal.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: