Rasai suasana memancing di Rumah Rakit Tiram

21 09 2008





RUMAH Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih dikenali ‘Rakit Atan’ sememangnya cukup dikenali sebagai salah satu destinasi memancing ikan agak popular di di negeri Johor terutama di sekitar Sungai Tiram.

Terletak di muara Sungai Johor berdekatan Pulau Layang, Rumah Rakit Tiram sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan mereka yang ingin memancing atau menghirup udara segar sambil menikmati hidangan juadah yang menyegarkan disediakan oleh pengurusan tersebut.

Pengurus tempahan Rumah Rakit Tiram, Puan Siti Aminah berkata , rumah rakit tersebut dibina sejak tahun 2000 sebagai sangkar menternak ikan dengan kos yang kini menelan belanja hampir seratus ribu ringgit.

“Memandangkan permintaan tinggi dikalangan para pemancing, maka pihak pengurusan itu bersetuju untuk meluaskan skop perkhidmatan kepada kemudahan memancing dan mula beroperasi sepenuhnya mulai awal tahun 2006.

“Selain aktiviti memancing ikan di atas rumah rakit, para pengunjung juga boleh memancing ikan menggunakan perkhidmatan bot, membeli hasil laut pelbagai spesis ikan segar dan melawat tempat bersejarah di sekitar muara sungai Johor dan bermacam-macam lagi,”ujarnya.

Kata Siti Aminah, pihaknya juga menyediakan pakej keluarga dan berkumpulan disamping anda berpeluang melihat kunang-kunang pada waktu malam di pesisir Sungai Johor.

Bagi kaki pancing, spesis ikan yang pasti menjadi daya tarikan termasuk kerapu, tentada,daun baru, merah, cermin, todak, talang, duri, gelama dan tebal pipi.

Jika ingin merasai suasana lebih menyeronokkan atau memancing dalam tempoh lebih lama, anda tidak perlu merasa gusar kerana pihak pengurusan rumah rakit tersebut turut menyediakan perkhidmatan penginapan dengan harga berpatutan iaitu RM40.00 semalam/2 orang.

Mengenai memancing dengan bot, Siti Aminah berkata, pihaknya sentiasa menyusun jadual trip memancing perairan Sungai Johor kepada mereka yang ingin merasai ‘trill’ memancing ikan yang dikategorikan gred A.

“Perjalanan trip hanya memakan masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam dengan menggunakan bot berkuasa tinggi dengan masa maksima memancing selama 12 jam.

“Purata jumlah memancing yang boleh dimuatkan didalam satu bot adalah seramai lapan orang dimana keluasan bot adalah 32 kaki panjang dan 7 kaki lebar,” tambah Siti Aminah atau lebih terkenal dengan panggilan manja ‘Sayang’.

Bagi perancangan masa depan, Siti Aminah menjelaskan bahawa pihaknya mengambil keputusan menutup sementara sepanjang bulan puasa ini untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah rakit tersebut dan akan beroperasi semula selepas hari raya aidilfitri.

Bagi kaki pancing atau mereka yang ingin merasai suasana kehidupan rumah rakit, anda boleh mendapat maklumat lanjut atau membuat tempahan melalui Siti Aminah di talian 013-7000050.

About these ads

Tindakan

Informasi

9 gerakbalas-gerakbalas

20 02 2009
siakap_ganas

macam best je tempat tu.bulah tak bg tau kos sepenuh nye bagi seorang kalu dr kl ke sane.buleh la buat bejet kan.

20 02 2009
Webmaster

Salam.. boleh terus call incharge rumah rakit tu. Kalau tak silap dia ada chalet yang boleh didiami dengan harga berpatutan.

13 03 2009
Rapi

salam, saya ada menjual khemah utk camping, life jacket dan lain2. layari http://rapioutdoor.wordpress.com utk maklumat lanjut. terima kasih.

13 05 2009
jj

memang ada chalet kt tempat saya ia berharga rm 40 je semalam..datang le tempat saya

19 11 2010
fyruz

huhu salam… nak tanya… biasa nya air di lokasi rakit pak atan ni.. bile je time yg best

19 11 2010
fyruz

pancing rm20 sekepala… umpan ape ye yg biase digunakan di rakit atan?

27 07 2011
mohd isa

area mane ek…kwn biase mancing kt pulau layang 2….tp xpna tahu pun ada rakit yg macam ni….nak masuk ikot mane ek….

30 10 2011
Jaliboy

Saya ingin memancing di tempat anda boleh bagi saya full address Dan number teliphone terima kasih

22 12 2011
Baha

mcm mana nak contax utk tempah chalet tu? sy call no hpn 013-7000050 tak dpt pun….nak tempah utk 26 nie blh tak?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: